Warning: Creating default object from empty value in /www/mybooks.com.my/public/components/com_virtuemart/router.php on line 902
Islam & Spiritual : Wanita Sebagai Calon Pilihan Raya

Wanita Sebagai Calon Pilihan Raya

PDFEmail
Suatu perbahasan dari sudut siyasah syar'iyyah
wanita sebagai calon pilihan raya
Penilaian: Belum di Nilai
Harga:
Harga Asal: RM 12.00
Salesprice with discount: RM 10.20
Harga Jualan: RM 10.20
Sales price without tax: RM 12.00
Jimat: 15%

0 TELAH MEMBELI!
Penerangan

Buku ini mengukap sejauh mana Islam membenarkan wanita melibatkan diri  dalam arena politik berdasarkan kerangka siyasah syar'iyyah. Benarkah tohmahan bahawa Islam mengongkong dan mendiskriminasi wanita? Benarkah wanita Islam mundur, jumud, dan ketinggalan zaman, serta dilarang berperanan seperti golongan lelaki?

Persoalan tersebut dirungkai dengan dalil daripada al-Quran dan hadith, di samping hujah para cendikiawan Islam zaman silam dan mutakhir, sama ada yang pro ataupun kontra. Buku ini memberikan garis panduan dan saranan berkaitan penglibatan wanita sebagai calon pilihan raya berlandaskan konsep siyasah syar'iyyah yang disepakati oleh jumhur ulama.

WANITA ISLAM SEBAGAI CALON PILIHAN RAYA?

 

APABILA baru-baru ini seorang wakil rakyat wanita bukan Islam yang menganggotai Dewan Negeri menghadapi musibah natijah gambar posisi tidurnya dirakam dan disebar, jelas membuktikan bahawa politik tidak menjanjikan yang bersih bagi sesiapa yang terlibat di dalamnya.

Walaupun telah ditetapkan dalam politik ada batasan-batasan supaya tidak melampau, apatah lagi menghormati wanita yang sanggup menceburi diri dalam politik, namun fitnah tetap tidak mengenal mangsa!

Namun untuk Siri Islam dan Masyarakat, Syarikat Penerbitan terkemuka tempatan, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. telah menerbitkan, Wanita Sebagai Calon Pilihan Raya - Suatu perbahasan dari sudut Siyasah Syariyyah sebuah buku yang diyakini mampu menjadi rujukan penting kepada pelbagai pihak terutama mereka yang masih meragui penyertaan wanita Islam dalam gelanggang politik.

Tidakkah sebaik-baik tempat bagi seorang wanita itu pada 'dunianya' sahaja?

Buku ini merupakan tulisan bersama, individu-individu yang berautoriti, iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di Maahad Al Abbasiah, Sungkai Perak, Zulqarnain Hassan yang berkelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Malaya dan Mohammad Zaidi Abdul Rahman, pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat doktor falsafah di Universiti of Wales, United Kingdom.

Ditulis untuk setebal 129 muka halaman sahaja, kedua-dua mereka ini mampu merungkaikan persoalan tanpa memerlukan penulisan buku yang tebal bagi membolehkan pembaca memacu minda mereka dalam satu perjalanan yang mudah untuk difahami.

Penulisan mengenai penglibatan wanita Islam dalam dunia politik telah menjadi perbahasan oleh banyak pihak. Namun terkadang masih meninggalkan pelbagai persoalan sehinggakan persoalan pokok itu sendiri masih tidak terjawab.

Di samping terkadang wanita itu sendiri telah meletakkan dirinya dalam keadaan seadanya sedangkan setiap diri kita mempunyai pelbagai potensi, bakat, kebolehan, kemahiran, kepakaran yang boleh dibangunkan termasuk sebagai ahli politik yang berkaliber!

Sesungguhnya Islam telah mengakui hak-hak wanita dalam bentuk hak-hak diri (perseorangan) yang sempurna dan hak-hak ketamadunan yang sempurna; demikian juga hak-hak berpolitik yang sempurna.

Ini dijelaskan dengan baik oleh buku ini, cuma di permulaan buku ini, bagi mereka kurang mempunyai asas, mungkin akan menghadapi sedikit masalah. Ini apabila banyak kaedah-kaedah atau metodologi yang digunakan dalam merungkai persoalan ini agar kesemua keputusan, penemuan dan kesimpulan kepada tema persoalan berada dalam kedudukan yang sangat berautoriti dan kukuh.

Mungkin dengan bantuan mereka yang pakar, kesemua istilah ini dapat diketahui dengan baik. Namun penulis ini sendiri sebenarnya mampu memberikan penjelasan secara tepat, satu persatu dan sesuai untuk setiap tahap pemikiran pembaca. Asalkan pembaca mempunyai cita rasa ingin tahu yang tinggi, pastinya setiap yang rumit dan sukar itu sebenarnya 'ilmu yang indah'!

Dalam bab kedua, penulis menjelaskan mengenai 'Pandangan Fuqaha Terhadap Penglibatan Wanita Sebagai Calon Pilihanraya'. Selain pengertian dan huraian pilihan raya dan keanggotaan dalam Parlimen, pelbagai petikan menarik dapat ditemui dalam bab ini.

Golongan fuqaha

Oleh kerana asas segala perbuatan adalah diharuskan dalam Islam, maka golongan fuqaha berserta dalil masing-masing cuba mengharuskan dan segolongan lagi tidak mengharuskan wanita sebagai pemimpin.

Jika tidak mengharuskan wanita sebagai pemimpin difahamkan sebagai haram, atas alasan keanggotaan ahli parlimen dikira sebagai pemimpin umum (wilayah ammah). Iaitu dalam erti kata ditentukan untuk lelaki sahaja.

Ibnu Qatadah misalnya menyebut; "Wanita amat kurang bercakap dengan hujah yang kuat melainkan hujah yang mengenai kepadanya kembali (hujah fitrah semula jadi wanita)". Di samping menjadi pegangan mereka menerusi sebuah hadis Rasulullah yang menyebut; "Tidak akan berjaya suatu kaum yang ditadbir urusan mereka oleh wanita".

Bacaan tidak perlu terhenti apabila pembaca beranggapan bahawa benarlah wanita Islam itu benar-benar dilarang menjadi calon yang bertanding bagi melayakkannya menjadi pemimpin di pelbagai peringkat negeri dan negara.

Ini kerana dalam bab-bab seterusnya penulis mampu memberikan senario yang berbeza. Bab ketiga buku ini beliau begitu mengajak pembaca supaya menyelusuri perbahasan mengenai kepentingan wanita Islam yang didapati sebenarnya ada peranan yang besar tidak sekadar sebagai ibu atau isteri di rumah semata-mata.

Beliau sebutkan dari aspek dalil-dalil yang lebih tepat, bernas dan rujukan silam bagi menggambarkan suasana keperluan wanita dalam menerajui kepimpinan.

Kata penulis; penglibatan wanita Islam sebagai calon pilihan raya atau wakil rakyat di parlimen adalah menepati asas maslahah ammah (ummah). Sebabnya, melalui kedudukan itu mereka dapat mewakili wanita Islam untuk mengemukakan pandangan-pandangan bernas bagi mempertahankan Islam dan menghindarkan urusan kewanitaan dimonopoli oleh wanita sekular yang prejudis terhadap Islam (muka surat 77).

Bagaimana kesimpulan seperti ini boleh diperolehi, wajarlah anda menekuni buku ini sehingga akhirnya!

Ini apabila telah disebutkan sebaik-baik secantik-cantik perhiasan ialah wanita yang solehah. Jadi bayangkan sahaja wanita yang soleh itu mampu menjadi wakil dan berkhidmat untuk rakyat. Ini kerana zaman telah berubah, akibat Islam amat menekankan soal pendidikan dengan kalangan wanita tidak sahaja diajarkan soal menganyam atau menenun hatta sehingga kepelbagaian bidang ilmu dan profesionalisme maka lahirlah wanita-wanita yang perkasa ilmunya.

Lantaran kerana tingginya ilmu, mereka mampu menguruskan emosi dan perasaan kecuali mahukan yang terbaik untuk dinikmati untuk rakyat. Jika ada wanita Islam yang berkemampuan, mengapa tidak sahaja kebijaksanaan mereka ini kita gunakan.

Penulis buku ini tidak sahaja mampu memberi nafas lega kerana lampu hijau yang diberikan untuk wanita berpolitik tetapi beliau tekankan juga panduan-panduan yang khusus bagi menjayakan matlamat wanita Islam sebagai pemimpin.

Fitrah

Panduan-panduan yang diberikan tidak rigid atau sempit. Malah semua senarai panduan itu sesuai dengan fitrah semula jadi wanita. Ini kerana untuk lebih selamat, perlukah wanita perlu beraksi seperti 'jantan' supaya digeruni?

Tidak perlu, cukuplah dengan berpakaian sopan (menutup aurat), mendapat keizinan suami atau wali, tidak bertabarruj, serius dalam bicara, bermusafir dengan mahram dan sebagainya.

Semoga dalam sepak terajang politik, janganlah ahli politik wanita menjadi sasaran dan mangsa untuk jatuh menjatuhkan kerana rakyat bagaikan anak yang perlu dijaga dan dilindungi.

Maka wajarkah tugas sesuci ini hendak dipalitkan dengan kotor atas nama politik murahan?

Dengan tajuk Wanita Sebagai Calon Pilihan Raya, menunjukkan penulis bijak 'menjual' bukunya. Begitupun, penulis tidak lebih hendak melahirkan lebih ramai wanita yang perkasa dan unggul umpama Saidatina Siti Khadijah Ibnu Khuwailid, Siti Aishah, Asma Abu Bakar, Ratu Balqis, Fatimah Az Zahra dan Siti Zubaidah dan nama-nama besar wanita Islam yang lain.

Semoga dengan adanya buku ini, mampu menjadi pemangkin melahirkan lebih ramai wanita Islam yang kuantiti dan kualiti dalam kepimpinan negara!

Ulasan

There are yet no reviews for this product.

Anda Mungkin Berminat

id inter dimensi
id Inter Dimensi...
Harga: RM 27.00
Sekarang: RM 22.95

kronikel  bumi
Kronikel Bumi...
Harga: RM 35.00
Sekarang: RM 29.75

decorative painting
Decorative Painting...
Harga: RM 36.00
Sekarang: RM 30.60

wira tak didendang
Wira Tak Didendang...
Harga: RM 20.00
Sekarang: RM 17.00