Warning: Creating default object from empty value in /www/mybooks.com.my/public/components/com_virtuemart/router.php on line 902
Hadiah Sastera : Pada Suatu Nama

Pada Suatu Nama

PDFEmail
Karya ini telah memenangi Kategori Cerpen, Puisi & Rencana Sastera, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxomobil 2013. Untuk memahami kisah yang dipaparkan, dapatkan buku ini di kedai-kedai terpilih berdekatan anda dengan diskaun yang menarik.
pada suatu nama
Penilaian: Belum di Nilai
Harga:
Harga Asal: RM 25.00
Salesprice with discount: RM 21.25
Harga Jualan: RM 21.25
Sales price without tax: RM 25.00
Jimat: 15%

0 TELAH MEMBELI!
Penerangan

“Pada Suatu Nama” mengungkapkan subjek tentang ancaman anasir luar terhadap pandangan budaya dan pegangan akidah. Unsur-unsur luar yang bertentangan dengan budaya umat Melayu Islam yang berteraskan akidah, syariat dan akhlak dilakukan secara terancang, dengan suntikan jarum halus ataupun secara berterang-terangan.

Ancaman ini dihadirkan dalam bentuk pemindahan ilmu secara penterjemahan perkataan dan istilah secara harfiah, bukan dengan makna literal. Penterjemahan makna perkataan dan istilah secara selapis, tanpa merujuk pandangan budaya dan pegangan agama sesuatu bangsa/ummah akan merubah makna dan menjejaskan akidah, syariat dan akhlak yang terpasak sejak berkurun-kurun lamanya. Subjek yang dikemukakan berkolokasi dengan isu-isu semasa yang melanda umat Islam.

Kekuatan karya ini terletak pada unsur-unsur perlambangan yang fungsional, yang dapat mengilas makna. Pada tingkat harfiah, dikemukakan subjek berkaitan dengan pemindahan ilmu kulinari daripada sumber asing ke dalam bentuk ujaran tempatan secara langsung. Istilah-istilah dalam seni kulinari asing itu dipindahkan secara makna dasar, tanpa merujuk pada makna budaya dalam seni kulinari lokal. Pada lapis kedua, teks menyarankan tafsiran kepada isu semasa yang menyentuh permasalahan penggunaan kalimah Allah.

Sehubungan itu, pihak yang bertelagah dianjurkan supaya kembali kepada hakikat epistemologi bahasa dan kebenaran ilmu yang bertepatan dengan kepercayaan serta akidah.

Kekuatan naratif ini terletak pada teknik ujarannya yang bersifat sugestif dan diskursif. Dengan teknik sedemikian, tahap permasalahan dikemukakan dan diwacanakan dengan tampungan hujahan-hujahan yang bersesuaian serta sokongan dalil yang meyakinkan. Setiap pengemukaan hujah dilakukan dengan analogi yang bertepatan untuk menimbulkan keanjalan makna. Dengan yang demikian, tafsiran dikonkritkan dan kesan maknanya dapat ditanggapi dengan jelas. Selain itu, dengan kekuatan teknik ini karya mampu menangkis salah tanggapan dan kedangkalan kalangan yang bukan ahli dalam sesuatu bidang ilmu.

Ulasan

There are yet no reviews for this product.

Anda Mungkin Berminat

cara mudah menjahit tudung
Cara Mudah Menjahit ...
Harga: RM 33.00
Sekarang: RM 28.05

manis-manis coklat
Manis-manis Coklat...
Harga: RM 25.50
Sekarang: RM 21.68

justeru
BUKU TEKS-JUSTERU IM...
Harga: RM 20.00
Sekarang: RM 17.00

saintis sukan
Saintis Sukan...
Harga: RM 4.00
Sekarang: RM 3.40